Muat naik gambar, video tingkat penarafan

SEKOLAH yang telah melanggan Utusan Pelajar boleh meningkatkan penarafan bintang masing-masing dengan melaksanakan aktiviti yang disarankan dalam program penjenamaan Perhimpunan Mingguan sebagai Hari Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

Empat elemen asas penarafan adalah mengurus bahan berkala Utusan Pelajar, menampal poster PAK-21, melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan Mingguan dan dan pertimbangan menyeluruh pelaksanaan progam mengikut budi bicara sekretariat.

Pihak sekolah tidak perlu membuat sebarang laporan atau sebarang pengisian data bagi tujuan program pengiktirafan ini, hanya ikuti tiga langkah mudah memuat naik gambar atau video ke laman sosial dengan #utusanpelajar sahaja.

Tujuan penarafan ialah memberi penghargaan serta mengiktiraf inisiatif warga sesebuah sekolah menyahut kempen penjenamaan PAK-21 itu.

Pihak sekretariat programlah yang akan berhubung dengan sekolah atau berkunjung dari semasa ke semasa untuk menilai inisiatif sekolah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada wakil sekretariat, Fauzi Hamdan (0195716282).